Adat istiadat dan strata masyarakat Melayu dalam Sulalatus Salatin
Sulalatus Salatin
merupakan judul asal Sejarah Melayu. Karya ini ditulis oleh Tun Seri Lanang pada
tahun (1612). Sewaktu karya ini ditulis terdapat pelbagai cerita lisan dan
salasilah yang tesebar luas. Karya ini berkemungkinan besar ditulis di Johor
setelah Kesultanan Melayu Melaka berpindah dari Bentan setelah diserang
Portugis yakni setelah kejatuhan Melaka. Seterusnya, perpecahan politik Melayu
telah berlaku sehingga terdapat orang yang menyebelahi Portugis. Bentan
beberapa kali menyerang Melaka tetapi gagal. Walau bagaimanapun, kemenangan
Belanda di Melaka pada tahun (1641) menjadikan kesultanan Melayu kembali kuat.
Berdasarkan situasi inilah, Sulalatus
Salatin dari Gowa diperbaiki oleh penyalin-penyalin barunya.
Karya ini merupakan karya yang
sangat istimewa dari segi usia, budaya, bahasa, gaya naratif, ketatanegaraan,
pakaian, dan banyak lagi. Oleh itu, Sulalatus
Salatin menjadi bahan suntingan, alih aksara, dan terjemahan oleh sarjana
Eropah dan pengkaji tempatan. Salah satu judul terbitan berhubung teks dan
kajian Sulaltus Salatin ialah Sulalatus Salatin yang disunting oleh A.
Samad Ahmad. Adat istiadat dan strata masyarakat pada zaman itu merupakan
keistimewaan yang sangat unik untuk ditelusuri bagi menerjah kehidupan dan
keagungan kerajaan Melayu pada zaman itu.
Konsep adat istiadat terbahagi
kepada dua iaitu, adat dan istiadat. Adat mewakili undang-undang dan larangan
Diraja. Larangan Diraja merupakan pelaksanaan undang-undang berdasarkan hukuman
melanggar undang-undang atau melakukan sebarang kesalahan. Undang–undang pula melibatkan larangan
mengenai perhiasan pakaian peralatan raja. Istiadat pula mewakili aturan dalam
negeri dan pelaksanaan upacara atau istiadat. Istiadat kebiasaannya dijalankan
di istana raja dan mengutamakan kelengkapan dan perjalanan upacara. Seterusnya,
aturan dalam negeri ialah istiadat aturan dalam negeri tidak melibatkan denda dan
mementingkan protokal.
Starata atau tingkat kedudukan
masyarakat Melayu dalam Sulalatus Salatin.
Starata masyarakat Melayu pada zaman kesultanan Melayu terdiri daripada
golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada
raja dan pembesar. Golongan diperintah pula terdiri daripada rakyat dan hamba.
Masyarakat Melayu traditional sememangnya mengamalkan sistem pemerintahan
secara mutlak.
Maksud
Adat Istiadat dan Strata Masyarakat
Adat
istiadat sebahagian adat yang mengatur segala upacara dan kegiatan suci yang
perlu menerima penghormatan awam. Adat istiadat berlaku kerana masyarakat
mengamal dan menjaganya dengan baik (Abdullah Siddik, 1975). Walau
bagaimanapun, adat istiadat bergantung pada prinsip perubahan melalui muafakat
dan perundingan serta pengaruh luar. Etimologi perkataan adat berasal daripada
bahasa Arab iaitu, ‘Adah’ yang bermaksud kebiasaan atau perbuatan yang
dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan
dihormati. Seterusnya, perbuatan kebiasaan ini akan menjadi adat. Kata majmuk
adat merupakan adat istiadat. Adat istiadat dalam masyarakat Melayu traditional
merupakan segala proses kehidupan manusia bermula daripada kelahiran hingga
kematian (Abdul Latif, 2001). Gambaran
adat istiadat dan larangan - larangan yang mementingkan protokol dan adat istiadat
bertujuan untuk menonjolkan kebesaran raja Melaka.
Corak pemerintahan dan pentadbiran di negeri Melaka telah mempengaruhi
pembentukan susun lapis masyarakat. Setiap lapisan masyarakat mempunyai
kedudukan dan fungsinya yang tersendiri. Secara umum, masyarakat Melayu
tradisional Melaka dapat dibahagikan kepada dua golongan utama iaitu golongan
yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri
daripada raja dan pembesar. Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat
dan hamba (Akashah Ismail, 2010). Biasanya golongan yang memerintah ini
mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan istimewa daripada golongan yang
diperintah.
Adat Istiadat Dalam Sulalatus Salatin
Aturan dalam Negeri
Aturan dalam negeri ialah istiadat aturan dalam negeri tidak melibatkan denda dan mementingkan protokal.
Adat Penganugerahan Gelaran
Adat ini dimulakan dengan menjemput orang yang bakal menerima gelaran ke istana. Jemputan pula penganugerahan adalah mengikut pangkat dan gelaran yang bakal diterima. Orang besar-besar akan menjemputnya jika mendapat penganugerahan ‘Perserian’. Bagi anugerah ‘Persangan’ hanya orang kecil-kecil sahaja yang akan menjemput orang yang bakal menerima anugerah. Orang yang akan menerima anugerah akan dijemput dengan menggunakan gajah atau kuda. Mereka akan diiringi dengan payung dan gendang serunai ke istana. Ketika tiba di istana, riwayat mereka akan dibaca dan diberi persalinan mengikut gelaran yang diberikaan oleh raja. Sebagai contoh, anugerah bendahara akan diberi lima ceper persalinan. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Aturan dalam negeri ialah istiadat aturan dalam negeri tidak melibatkan denda dan mementingkan protokal.
Adat Penganugerahan Gelaran
Adat ini dimulakan dengan menjemput orang yang bakal menerima gelaran ke istana. Jemputan pula penganugerahan adalah mengikut pangkat dan gelaran yang bakal diterima. Orang besar-besar akan menjemputnya jika mendapat penganugerahan ‘Perserian’. Bagi anugerah ‘Persangan’ hanya orang kecil-kecil sahaja yang akan menjemput orang yang bakal menerima anugerah. Orang yang akan menerima anugerah akan dijemput dengan menggunakan gajah atau kuda. Mereka akan diiringi dengan payung dan gendang serunai ke istana. Ketika tiba di istana, riwayat mereka akan dibaca dan diberi persalinan mengikut gelaran yang diberikaan oleh raja. Sebagai contoh, anugerah bendahara akan diberi lima ceper persalinan. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Jika baginda menggelar orang, maka raja
dihadap orang di balairung, orang beradat. Maka dijemput orang itu: jika
"Perserian ", Orang Besar-besar menjemput dia; jika "Persangan",
orang kecil menjemput dia; jika "Pertuanan" orang sedang menjemput
dia; dan jika orang bergelar itu patut bergajah, dibawakan gajah; yang patut
berkuda, dibawakan kuda; dan jikalau tiada patut bergajah dan berkuda, dibawa
berjalan dengan bingkisan, dengan payung dan gendang serunai, tetapi payung
itu, ada hijau, ada yang biru, ada yang merah, dan sebesar-besamya payung
kuning; dan payung putih dengan nagara itu mahal adanya, sebaik-baiknya nafiri.
Dan payung kuning itu payung anak raja-raja dan orang besar-besar; dan payung
ungu dan merah dan hijau itu payung sida-sida dan ben tara hulubalang sekalian.
Adapun payung biru dan hitam itu akan payung barang orang bergelar juga.
(A. Samad Ahmad,1979: 76)
Adat Mengadap Raja di Balairung
Semasa mengadap raja terdapat adat istiadat mengadap raja di balairung. Pembesar-pembesar akan di susun mengikut pangkat kebesaran tersendiri seperti bendahara, penghulu bendahari, dan temenggung akan duduk di seri balai. Anak- anak raja akan duduk di bahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Sida- sida yang muda akan duduk berselang-seli dengan bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai memikul pedang. Petikan di bawah menggambarkan aturan mengadap raja di balairung. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Adat Mengadap Raja di Balairung
Semasa mengadap raja terdapat adat istiadat mengadap raja di balairung. Pembesar-pembesar akan di susun mengikut pangkat kebesaran tersendiri seperti bendahara, penghulu bendahari, dan temenggung akan duduk di seri balai. Anak- anak raja akan duduk di bahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Sida- sida yang muda akan duduk berselang-seli dengan bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai memikul pedang. Petikan di bawah menggambarkan aturan mengadap raja di balairung. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Kemudian daripada itu maka Raja
Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh segala raja-raja dan ulama
dan pendita dan segala Orang Besar-besar, dan segala pahlawan yang gagah-gagah
mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan belakang baginda segala Hamba
yang khas dan segala yang kepercayaannya.
(A.
Samad Ahmad, 1979:5)
Starata Masyarakat dalam Karya Sulalatus Salatin
Raja merupakan golongan yang merintah dan rakyat merupakan golongan yang diperintah. Persetujuan ini hasil dari waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun. Sehubungan itu, strata masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu, golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Raja merupakan golongan yang merintah dan rakyat merupakan golongan yang diperintah. Persetujuan ini hasil dari waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun. Sehubungan itu, strata masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu, golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Golongan pemerintah
Raja Atau Sultan
Golongan
pemerintah yang paling tinggi dalam susun lapis masyarakat dikenali sebagai
‘raja’. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan Islam maka gelaran tersebut
telah bertukar kepada gelaran ‘sultan’. Sulalatus
Salatin memaparkan golongan pemerintah sebelum dan ketika kewujudan
Kesultanan Melayu Melaka. Nama pemerintah tertinggi atau raja sebelum wujudnya
Kesultanan Melayu Melaka ialah Raja Iskandar, Raja Suran, dan Demang Lebar
Daun. Selain itu, nama-nama sultan yang memegang taktha kerajaan pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka pula iaitu, Sultan Muhammad Syah, Sultan Muzaffar
Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alau’d-Din Riayat Syah, dan Sultan Mahmud
Syah. Karya Sulalatus Sulatin
istimewa kerana memberi pandangan terhadap pembaca mengenai paparan sikap
setiap pemerintah dalam pemerintahannya. Pembaca dapat menilai sendiri setiap
tindakan pemerintah yang membawa kebaikan dan keburukan dalam masyarakat.
Terdapat pemerintah yang bertanggungjawab tentang nasib dan masa depan puterinya
dan menjaga kebajikan rakyatnya daripada teraniaya. Situasi
ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Barang maklum duli tuanku Yang Maha
Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena
penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu,
jikalau ada ampun kumia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari
bawah istana tuanku. Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan
menyapu sampah di bawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik
mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau
ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang
keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku
aibi."
(A.Samad Ahmad :1979: 25)
Maka titah Seri Teri Buana,
"Kabullah hamba akan janji paman itu; tetapi hamba pun hendak minta janji
juga pada paman. "Maka sembah Demang Lebar Daun, "Janji yang mana
itu, patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia." Maka titah Seri Teri
Buana, "Hendaklah oleh segala anak cucu Hamba, jikalau ada salahnya
sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala Haru ba Melayu itu
derhaka dan menitikkan
darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk
negerinya juga. "
(A.Samad Ahmad :1979:25)
Walau
bagaimanapun, terdapat juga sultan yang tidak bermoral sebagai pemerintah.
Sebagai contoh, Sultan Mahmud Syah yang suka berfoya-foya, kuat nafsu, dan
terlibat dengan perkara maksiat. Antara sikap sultan mahmud yang menunjukkan
baginda mengetepikan nilai moral melalui peristiwa baginda berjahat degan
isteri Tun Biajid ketika suaminya tiada di rumah. Namun, ketika usia baginda
meningkat tua, baginda telah mengubah sikapnya menjadi seorang yang memegang
nilai-nilai positif. Keinsafan baginda jelas terpancar apabila baginda
meninggalkan banyak wasiat berunsurkan nasihat.
Bendahara
Bendahara merupakan
pembesar negeri yang paling kanan dan menjadi ketua penasihat kepada sultan
dalam starata masyarakat Melayu yang terdapat dalam karya agung Sulalatus Salatin. Bendahara juga
memegang tugas sebagai pemangku sultan jika sultan masih kecil. Sebagai contoh,
Bendahara Paduka Raja Tun Perak melaksanakan pemerintahan sewaktu Sultan Mahmud
Syah Masih kecil.
Selain
itu, bendahara memegang beberapa tugas lain seperti berkuasa menyelesaikan
masalah tertentu tanpa merujuk sultan. Misalnya, Bendahara Seri Maharaja
menyelesaikan perselisihan antara Raja Mendaliar dengan Nina Ura Dewana.
Bendahara turut berkuasa memberi arahan tanpa perintah raja dalam starata
masyarakat Melayu dalam Sulalatus Salatin.
Seseorang bendahara merupakan orang yang penting dalam organisasi masyarakat
apabila bertindak sebagai pemimpin apabila berlaku peperangan dan berpengaruh
dalam memilih pengganti sultan.
Antara
beberapa orang bendahara dalam karya agung yang memegang pucuk kepimpinan
keagungan Kesultanan Melayu Melaka iaitu, Tun Perak, Tun Ali, dan Tun Mutahir.
Tun perak merupakan salah seorang bendahara yang berwibawa kerana beliau
merupakan seorang yang pintar, cekap, berani dan sangat rapat dengan
sultan. Oleh itu, beliau memegang
jawatan di bawah empat pemerintahan iaitu, zaman Sultan Muzaffar Syah, Sultan
Mansur Syah, Sultan Alau’d-Din Riayat Syah, dan Sultan Mahmud Syah.
Kebijaksanaan
Tun Perak dapat dilihat apabila beliau bijak mengatur strategi perang untuk
mencapai kejayaan tanpa pertumpahan darah. Beliau bijak kerana menggunakan tipu
helah dengan menambat puntung api pada kayu-kayu di sepanjang sungai.
Sehubungan itu, pihak Siam menggangap angkatan Melaka sangat ramai untuk
menyerangnya.
Bendahara
berkuasa dan berpengaruh dalam melantik dan memilih pengganti sultan. Situasi
ini dapat dilihat apabla Bendahara Paduka Raja Tun Perak enggan menyembah Raja
Muhammad (Raja Muda) setelah tragedi pembunuhan Tun Besar menyebabkan Sultan
Mansur Syah terpaksa "mengalah" dan menyingkirkan Raja Muhammad dari
takhta Melaka dan dirajakan di Pahang.
Penghulu Bendahari
Seterusnya, penghulu
bendahari merupakan orang ketiga terpenting dalam starata masyarakat dalam Sulalatus
Sulatin. Penghulu bendahari bertindak sebagai bendahari raja dalam
melaksanakan tugas dalam negeri. Penghulu bendahari melaksanakan tugasnya dalam
masyrakat sebagai pemmungut hasil negeri
termasuk hasil yang ddipungut oleh syahbandar. Beliau juga menyimpan daftar
bilangan hamba dan mengurus kelengkapan dalam istana.
Oleh itu,
beliau bertanggungjawab menyuruh penghulu balai menghias balai, membentang
tikar, menggantung tabir, dan langit-langit. Bukan itu sahaja, penghulu
bendahari memegang usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat secar
berusungan pada hari raya. Gelaran yang diberikan terhadap penghulu bendahari
ialah Seri Nara Diraja.
Berdasarkan
sulalatus salatin jawatan Seri Nara Diraja dipegang oleh tun ali. Tun ali ialah
Anak Mani Puridan bersama Tun Ratna Sari. Pengaruh Seri Nara Diraja sangat kuat
dalam institusi Kesultanan Melayu Melaka kerana beliau merupakan pembesar
terpenting dalam rancangan merampas taktha Melaka yang dikuasai Raja Rekan.
Rampasan ini berhasil disebabkan oleh kebijaksaannya tokoh ini. Seri Nara
Diraja sangat berpengaruh semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Tokoh ini
mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan sultan menyebabkan segala
kemahuannya dituruti sehingga Seri Wak Maharaja terasa tersingir dan tidak
dipedulikan. Situasi ini dapat dilihat melalui petikan teks di bawah.
Hatta maka Bendahara Seri Amar Diraja
pun hilanglah, maka Tun Perpatih Sedang, anak Bendaharalah pula jadi Bendahara
bergelar Bendahara Seri Wak Raja juga, tetapi sungguhpun jadi Bendahara sekadar
nama sahaja, yang orang besamya Seri Nara Diraja juga; barang suatu katanya
tiada dilalui raja,
(A.Samad
Ahmad, 1979: 87)
Seri Nara Diraja pun sudah hilang,
cucunya yang bernama Tun Ali, anak baginda Mani Purindan pula jadi Penghulu
Bendahari menggantikan nindanya bergelar Seri Nara Diraja juga.
(A. Samad Ahmad, 1979:83)
Temenggung
Temenggung bertanggungjawab
sebagai pelaksana undang-undang dan peraturan negeri dalam starata masyarakat
Melayu dalam Sulalatus Salatin. Beliau bertugas sebagai orang yang
bertanggungjawab menjaga keselamatan, menangkap orang yang bersalah, dan
menjalani hukuman. Temenggung melaksanakan kawalan dalam negeri. Keadaan ini
jelas dilihat dalam karya Sulalatus Salatin apabila Melaka diancam pencuri
ketika pemerintahan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah. Selain itu, temenggung juga
bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan protokol seperti mengatur tempat
pembesar mengikut status. Temenggung turut bertugas mengepalai gajah ketika
raja menaiki gajah.
Syahbandar
Syahbandar merupakan orang
yang mengawal aktiviti segala dagang dalam starata masyarakat sulalatus
masyarakat. Beliau bertanggungjawab atas urusan di kuala seperti memeriksa
perahu masuk dan keluar. Syahbandar juga melaksanakan tugas dengan menyelia
pedagang-pedagang yang menurun barang dari kapal dan memungut cukai daripada
pedagang.
Laksamana
Laksamana dilantik
daripada keturunan hulubalang. Laksamana bertanggungjawab menjaga negeri
daripada ancaman di laut dan darat. Sebagai contoh, laksaman Hang Tuah
menghalang Semerluki dari Makasar yang datang merosakkan tanah jajahan Melaka.
Laksamana juga berperanan memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi.
Berdasarkan Sulalatus Salatin menceritakan cara Hang Tuah diberi pengiktirafan
yang tinggi setelah berjaya membunuh hang jebat yang dianggap pengkhianat.
Selain
itu, laksamana turut menjaga keselamatan dan maruah bendahara sekiranya
terdapat orang yang menghina atau biadap kepada bendahara. Misalnya, Laksamana
Khoja Hassan tidak teragak-aagak membunuh Tun Perpatih Hitam yang berkelakuan
kurang sopan iaitu, menguis tikar dengan kaki di hadapan Bendahara Seri
Maharaja. Laksamana juga bertugas sebagai pengawal istana.
Keperwiraan
seorang laksamana dapat ditelusuri melalui tokoh laksamana yang bernama hang
tuah. Asal keturunan hang tuah berasal daripada anak raja bajung yang menetap
di negeri bajung dari kepulauan mengkasar. Nama sebenar hang tuah ilah daeng
mempawah. Gelaran Hang Tuah diberikan oleh Sultan Mansur Syah. Ketika Hang Tuah
dibawa ke Melaka umur tokoh ini hanyalah berusia 12 tahun. Beliau merupakan
seorang yang hebat dalam bermain senjata dan ilmu hulubalang.
Hang tuah
telah memegang jawatan sebagai laksamana ketika pemerintahan kerajaan Melayu
Melaka dengan membantu sultan dalam peperangan. Tokoh ini telah menyertai
angkatan perang melaka menyerang dan menakluk negeri-negeri lain bagi meluaskan
tanah jajahan takluk. Situasi ini dapat dilihat dalam karya Sulaltus Salatin apabila beliau
mengiringi Bendahara Paduka Tuan dan Seri Bija Diraja menentang angkatan perang
Haru yang merosakkan jajahan Pasai dan tanah jajahan Melaka. Hang Tuah juga
turut mengiringi Sultan Mansur Syah dalam rombongan diraja ke Majapahit. Hal
ini demikian kerana tugasnya bertanggungjawab ke atas keselamatan sultan.
Tambahan
lagi, ketokohan Hang Tuah dalam sistem pemerintah dalam susun lapis masyarakat
sesuah kerajaan dapat dilihat dalam karya Sulaltus
Salatin apabila beliau mengetui angkatan perang melaka menumpaskan kegiatan
lanun yang mengancam keselamatan Melaka. Kegiatan ini dilakukan oleh anak Raja
Mengkasar yang menjalankan kegiatan lanun di tanah jajahan Melaka. Situasi ini
dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Diceriterakan orang yang empunya
ceritera selama Hang Tuah dalam Melaka itu, ia membunuh orang yang mengamuk
tujuh puluh empat orang, barang yang tiada dapat siapa-siapa mengembari dia,
maka ialah yang mengembari; demikianlah peri Hang Tuah dalam Melaka. Jikalau ia
bergurau sama mudamuda maka disingsingnya tangan bajunya, maka ia memengkis
katanya, "Laksamana akan lawanku," maka jadi disebut-sebutlah
namanya oleh samanya muda-muda "Laksamana". Maka Sultan Mansur Syah
pun turut menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana.
(A.Samad
Ahmad, 1979:119)
Maka sembah Seri Bija Pikrama,
"Tiada tuanku, raja Mengkasar bertanya kepada patik akan kegemaran duli
tuanku maka patik katakan gemar akan budak yang baik rupa." Mala semuanya
perihal ehwalnya habis dipersembahkannya ke bawah duli Sultan Mansur Syah. Maka
baginda pun suka, serta Seri Bija Pikrama dipuji baginda. Maka Daeng Merupawah
itu dinamai baginda Hang Tuah, itulah asal Hang Tuah; maka dipeliharakan oleh
baginda dengan sepertinya, terlalu kasih baginda akan Hang Tuah, maka
dianugerahi akan dia sebilah keris terupa Melaka dengan selengkap perhiasannya.
(A. Samad
Ahmad, 1979: 105)
Golongan Diperintah
Rakyat
Rakyat merupakan orang
yang diperintah dalam sebuah pemerintahan. Mereka mengamalkan kehidupan dengan
aktiviti perniagaan, aktiviti di laut, dan bertani. Salah satu peristiwa yang
memaparkan aktiviti masyarakat dalam Sulalatus
Salatin ialah aktiviti berniaga. Sitausi ini digambarkan apabila seorang
perempuan yang ingin membuka kedai namun terlihat tangan orang yang ingin
mencuri lalu menjerit. Situasi ini dapat digambarkan
melalui petikan teks di bawah.
Telah hari siang maka perempuan yang
punya kedai itu pun hendak membuka kedai, maka dilihatnya lengan orang
tersampai pada alang kedainya itu; maka ia pun terkejut, lalu menjerit. Maka
daripada hari itulah datang kepada akhirnya, tiada pencuri lagi dalam negeri
Melaka.
( A.Samad Ahmad, 1979:175)
Hulubalang
Hulubalalng memegang
peranan yang penting susun lapis masyarakat dalam Sulalatus Salatin. Hulubalang sangat berperanan dalam sesebuah
pemerintahan beraja. Hulubalang bertanggung jawab sebagai ketua utusan Melaka.
Situasi ini dipapar dalam Sulalatus
Salatin melalui watak Tun Bijaya Sura. Tun Wijaya Sura merupakan orang yang
diberi tanggungjawab oleh sultan untuk menjadi ketua utusan dalam rombongan
melaka ke majapahit. Tokoh ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri sebagai
hulubalang melalui permainan keris dan handal mengatasi pahlawan Majapahit. Tun
Wijaya Sura juga berperanan mempertahankan maruah sultan dan kerajaan Melaka.
Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Maka Tun Bijaya Sura pun
menyembah, lalu bangkit berlayam menari. Setelah hampir dengan anjing itu, maka
dikirapnya utar-utar itu; maka gemerincinglah bunyi segala genta itu. Maka
anjing itu pun terkejut, putus rantai emas itu, lalu lari ke hutan, terus
hilang. Maka tun bijaya sura pun bermainlah sapu-sapu rengit. Maka seri bitara
pun tersenyum melihat penjenaka Tun Bijaya Sura itu; dalam hatinya berkata ,
“sangat bijaksana raja melayu ini, semua hambanya cerdik belaka;ia membalas
akan tuannya mengadap anjing, maka kakinya pula disuruh hadap kepada kita.”
(A.
Samad Ahmad: 1979:122)
Keistimewaan hulubalang
yang bernama Tun Wijaya Sura ini juga digambarkan melalui tindakan pintar
membuat helah, cepat berfikir, dan hebat menjawab setiap persoalan. Beliau juga
mahir dalam a adat jawa dan menjaga 40 keris yang diaugerahkan dengan selamat.
Hamba
Strata masyarakat paling
rendah dalam masyarakat yang terdapat dalam sulalatus salatin ialah hamba. Kebiasaannya,
hamba akan menjadi milik raja untuk membantunya dalam sistem pemerintahan dan
hidupan seharian. Semasa pemerintahan Sultan Iskandar, hamba digunakan untuk
membantu baginda dalam sistem kehidupan seharian. Baginda sangat menaruh
kepercayaan terhadap hambanya. Salah seorang hamba raja ialah Badang. Badang
merupakan hamba kepada Seri Rakna Wikrama. Baginda
menjadikan Badang sebagai hamba kerana terpesona dengan kebaikannya. Situasi ini
dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Kemudian daripada itu
maka Raja Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh segala raja-raja
dan ulama dan pendita dan segala Orang Besar-besar, dan segala pahlawan yang
gagah-gagah mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan belakang baginda
segala Hamba yang khas dan segala yang kepercayaannya.
(A. Samad Ahmad,1979:5)
Sebermula kedengaranlah ke
Singapura, maka oleh Seri Rakna Wikrama disuruh baginda panggil, maka Badang
pun datang mengadap; maka dilihat baik akhlaknya; dijadikan baginda "sandim
sani". Berapa lamanya Badang menjadi Hamba ke bawah duli baginda, maka ada
pada suatu hari Seri Rakna Wikrama santap hendak berulam buah kuras.
(A. Samad Ahmad ,1979:49)
Secara tuntasnya, Sulalatus Salatin dapat menggambarkan
keagungan kerajaan Melayu Melaka yang diperturunkan kepada masyarakat pada masa kini. Dengan
ini, masyarakat akan dapat mengetahui dan mempelajari adat istiadat Kerajaan
Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang agung, besar dan berdaulat.
Keagungan Kedudukan raja yang tinggi dalam struktur pemerintahan dapat dilihat
melalui segala adat istiadat dan pantang larang yang menunjukkan perbezaan
ketara dengan golngan rakyat. Melalui adat istiadat dan pantang
larang dapat menggambarkan institusi istana dan kuasa pembesar dilindungi
daripada ancaman jahat yang cuba untuk menjatuhkan mereka kerana melalui adat
dan pantang larang.
Sistem pentadbiran yang tersusun juga digambarkan dengan wujudnya
sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat dalam sesebuah pemerintahan. Keadaan ini dapat dilihat kerajaan Melayu
mempunyai raja sebagai pemerintah dibantu oleh pembesar-pembesar yang berwibawa
bagi melancarkan perjalanan pentadbiran negeri. Sehubungan itu, karya ini
banyak memberi manfaat dalam pembentukan sebuah pemerintahan yang mantap. Adat
istiadat juga mengajar masyarakat untuk berdisiplin dalam setiap tindakan.
salam..kuucapkan padamu.. dngan mudah aku menyelesaikan tugas ku yang diberi oleh guru..guruk ku..walaupon dimarahi oleh guruk ku kerena tidak bener apa yang ku ambil dari sini.. kamu tau apa yang gurukku ngomong... 'apa yang kamu buat ni tipu... salah ni..' sian aq dimarah hin.. apapa pon aku ngomong trime kaseh sbb kamu aku hebat merdeka..
ReplyDelete