Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek Purba. Perkataan falsafah merupakan gabungan dua perkataan iaitu “philo” yang bermaksud “cinta” dan “sophia” yang bermaksud “kebijaksanaan. Oleh itu, falsafah boleh diertikan sebagai “cinta akan kebijaksanaan”. Kamus Dewan Edisi keempat mengatakan bahawa falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu ilmu yang lain. Falsafah juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki. Idealisme pula
Plato
(427-347
SM)
Falsafah ialah pengetahuan tentang segala yang ada.
Aristotle (384 – 322 SM)
Falsafah ialah kegiatan menyelidiki sebab dan asas segala benda.
Al- Kindi (800 – 870 SM)
Falsafah merupakan kegiatan manusia berkedudukan tertinggi yang mempunyai pengetahuan benar mengenai hakikat segala hal tentang manusia.
Al Farabi (827- 950 SM)
Falsafah merupakan ilmu pengetahuan yang bertujuan menyelidiki hakikat sebenar
Ibnu Sina ( 980-1037 M
)
Falsafah ialah pandangan tentang sesuatu perkara secara mendalam dan mengetahui seluruhnya mengenai perkara tersebut sekadar tercapai oleh fikiran manusia.
Hashim Hj. Musa (1994)
Falsafah merupakan kajian secara renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia.
FALSAFAH ALAM
Hubungkait antara manusia dan alam sekitarnya iaitu “bagaimana manusia menggunakan kebijaksanaan untuk berinteraksi dengan alam. Dalam pemikiran Hamka, alam membantu masyarakat untuk terus berpegang bahawa segala yang ada di seluruh alam ini telah terancang oleh Pencipta.Menurut ahli falsafah agama seperti Klaus Klostermaier, kepentingan memahami alam sebagai unsur yang mempunyai nilai ketuhanan bukanlah sebagai jalan terakhir, tetapi sebagai jalan yang sebenar dalam memastikan alam sekitar dihargai. Menurut agama Hindhu dan Kristian juga, kedudukan alam wajib dihargai.
ALAM SEKITAR SEBAGAI RUANG HIDUP DALAM SASTERA
Manusia hidup di dalam ruang alam misalnya di tepi sungai, tepi pantai, tepi bukit dan sebagainya. Malah, laut dan sungai juga menjadi tempat mereka mencari rezeki. Hal ini menjelaskan orang-orang dahulu telah mempelajari sifat-sifat alam seperti kejadian pasang surut, tabiat haiwan dan sebagainya. Manusia juga perlu memerhatikan alam mereka iaitu daripada sekecil-kecil flora dan fauna.
FALSAFAH ALAM DALAM BUSTAN AL-KATIBIN
“Tiada pada langit itu kira-kira yang
lapang daripada awan dan mega”
“Kacang itu jika disayur dengan santan
terlalu baik, istimewa pula dibubuh gara, maka iaitu bertambah- tambahlah
baiknya”
“Atau suara binatang seperti ‘berkiok’
kepada ayam dan ‘mengembek’ kepada kambing dan ‘menguak’ kepada kerbau,
semuanya nama bagi suara belaka”
FALSAFAH ISLAM
Falsafah
ialah satu disiplin ilmu yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas.
Falsafah ini menerangkan pertalian antara manusia dengan penciptanya, antara
manusia dengan manusia dan juga manusia dengan persekitarannya. Falsafah
islam tidak dapat dipisahkan daripada
dua sumber berautoriti iaitu al-quran dan as-sunnah.
Menurut
Al-Farabi:
Falsafah
itu ialah ilmu pengetahuan tentang alam yang wujud dan bertujuan untuk
menyelidik hakikat yang sebenar.
Melayu
dan Islam:Koreksi Budaya
oleh Dr Siddiq Fadzil
oleh Dr Siddiq Fadzil
Setelah
diluncurkan pada 25 Jun 2012 di Hotel De Palma, Ampang, buku Melayu dan Islam:
Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Dr Siddiq Fadzil terus diangkat dan “siap
ditanggapi” oleh khalayak pembaca dan intelek. Dr Siddiq lahir di kalangan
pemikir dan kelompok pembaharu di tanah air; dan merupakan aktivis dan pemimpin
Islam yang besar yang menonjol dalam kegiatan intelek dan budaya yang luas.
Beliau merupakan penggerak penting gerakan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar
Islam Malaysia), ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan WADAH (Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia) dan telah bergelut dalam perjuangan bangsa sejak empat dekad
yang lampau. Buku yang dihasilkannya ini merakamkan intisari pemikirannya
tentang sejarah, budaya, adat, pemikiran dan kerangka perjuangan masyarakat
yang berkembang dalam sejarah dan kebudayaan Melayu di rantau ini. Ia
menzahirkan harapan dan cita-cita perjuangan yang besar untuk menggembeling
kekuatan umat dan membangunkan peradaban baru serta menyemarakan dan menyalakan
obor pencerahan dan kebangkitan.
Menurutnya,
karya ini tercipta dari usahanya menyunting dan menghimpunkan semula
tulisan-tulisan dan rencana-rencananya “yang terbiar dan berserakan” yang telah
dihasilkan sebelum ini. Ia merumus dan menggarap semula ide-de pokok dan fikrah
dasar di dalamnya untuk dimuatkan dalam “kemasan sebuah buku”.
Karya
ini mengungkapkan idealisme dan latar pemikiran penulis yang digerakkan oleh
aspirasi dan cita-cita Islamiyah yang tulen untuk mempertahankan nilai ijtihad
dan mengekalkan nafas haraki dan jama‘i dalam perjuangan bangsa. Dalam buku ini
terungkap iltizam dan ruh perjuangan dan falsafah pemikirannya yang kental
untuk mengangkat nilai budaya dan ketamadunan Melayu yang ideal dan dinamis.
Ia
menzahirkan aspirasi pembaharuan yang diperjuangkannya selama ini untuk
membentuk dan mengilhamkan pemikiran yang radikal dan revolusioner untuk
menyelamatkan bangsa dari kesan rempuhan westernisasi dan serangan ideologi
barat. Karya ini mencetuskan semangat perubahan dan nahdah yang mengesankan
dalam usahanya untuk mengangkat warisan dan khazanah bangsa yang besar dan
membentuk pandangan dunia dan kefahaman agama yang rasional dan kritis dalam
masyarakat.
Ia
mengungkapkan nilai-nilai pemikiran yang progresif yang memperlihatkan
idealisme dan cita-cita perjuangan untuk membawa perubahan dan mengangkat
tamadun bangsa. Perjuangannya digerakkan oleh aspirasi yang jelas untuk merubah
dan mentransformasi pemikiran dan kehidupan umat, dan mencetuskan pandangan dan
kefahaman dunia yang baru, yang terilham dari kekuatan tradisi akliah dan
peradaban yang tercipta di rantau melayu yang telah menyemarak semangat
kebangkitan dan mengangkat harakat bangsa dan pemikiran umat melayu. Ia
mengungkapkan kekuatan falsafah, sejarah, dan warisan pemikiran Islam yang
agung yang telah bertapak di dunia melayu dan mengilhamkan asas-asas pemikiran
saintifik, dan rasional.
Karya ini jelas mencabar kepincangan
dan kebobrokan nilai yang mengikat dan membelenggu pemikiran bangsa. Ia
menentang aliran konservatif dan kerangka pemikiran yang usang dan jumud yang
menghalang perkembangan ide dan pemikiran. Ia menggariskan strategi perjuangan
yang utuh bagi menangani masa depan umat melayu dan menampilkan cita-cita
perjuangan yang progresif. Idea yang dikemukakan dalam karya ini diangkat dan
digarap dari “liku-liku intellectual journey dan pengalaman kancah kehidupan
penulisnya”, yang banyak digerakkan oleh pengaruh ABIM yang diterajuinya selaku
Presiden dan sebagai penggeraknya yang penting. Ide ini memberikan lakaran
penting tentang perjuangan bangsa dan menyingkap kesannya dalam merobah
halatuju dan landasan perjuangan dan signifikasinya dalam mendaulat dan
mengangkat martabat umat di rantau ini.
Ia
memberi tekanan yang penting dan mendalam terhadap permasalahan dasar dalam
kehidupan umat yang lesu dan menzahirkan upaya untuk menggilap ketangkasan dan
ruh perjuangan dan meniupkan obor pembaharuan (tajdid) dan pembaikan (islah).
Penulisan ini menggagaskan aspirasi kebangkitan yang berdaya dan menyemarakkan
idealisme perjuangan dan ijtihad. Tema ini dibahaskan dengan tuntas dalam karya
ini yang dirangkul dari falsafah dan tradisi keilmuan yang meluas di rantau
ini.
Idea-idea
fundamental yang dibahaskan dalam karya ini mengemukakan rencana untuk
membentuk kekuatan bagi mengangkat martabat dan harakat bangsa. Ia melakarkan
khittah perjuangan untuk memartabatkan kedudukan Islam dan Melayu dan
menzahirkan pengaruh agama dalam kebudayaan Melayu dan peranannya dalam mengisi
agenda bangsa.
Karya ini tuntas mengetengahkan
pengaruh Islam dalam sejarah bangsa, yang telah mencorakkan pemikiran dan
kebudayaannya yang berlangsung selama beratus abad dan telah menjadi sebahagian
dari budaya bangsa yang membentuk citra perjuangan dan memperkukuh jati
dirinya. Ia merampungkan idealisme budaya yang segar yang diangkat dari
pemikiran Melayu klasik dan membincangkan keunikan dan keagungan tamadun dan
empayar Islam-Melayu yang terbina di zaman Melayu Melaka.
Fikrah
penting yang dilakarkan dalam buku ini mengupas soal pantang larang berhubung
dengan soal harga diri dan maruah, yang termaktub dalam kontrak sosial antara
penguasa dan rakyat “bahawa jangan ia difadihatkan (diaibkan), dinista yang
keji-keji” dan dijatuhkan kemuliaannya, kerana pantang anak Melayu maruahnya
dicalarkan dan bangsanya dicabar. Bangsa yang besar dan berbudaya, seperti
bangsa Melayu yang mempunyai sejarah yang besar, adalah “bangsa yang mulia dan
bermartabat” yang cekal dan berani memprotes ketidakadilan dan mempunyai
“semangat juang untuk berubah dan menebus maruah”. Nilai budayanya dicorakkan
dengan akhlak Islam yang berakar dari sifat malu (al-haya’), malu melihat
kemunduran, amalan korupsi dan rasuah, dan akhlak yang keji bermaharajalela dalam
masyarakat.
Dengan
lakaran idea dan keupayaan sastera yang memukau, buku Melayu dan Islam ini
telah berhasil mengungkapkan pemikiran dan falsafah budaya yang jelas, dan
mengemukakan idealisme pencerahan dan kebudayaan Islam yang mendalam, berangkat
dari kerangka pemikiran yang dizahirkan dari karya-karya besar pemikir Islam
seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu yang menyorot sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan sifat
budayanya yang dinamis, Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah yang merangka teori
politik dan tamadun bangsa dan falsafah peradabannya (‘umran), dan beberapa
kupasan Malik bin Nabi, tentang azimmat al-fikr (kegawatan fikiran), syurut
al-nahdah (prasyarat kebangkitan), dan dinamisme budaya dan gagasan
pembaharuan.
Karya
ini tuntas mendakap semangat perubahan yang dilatari oleh pesan-pesan dakwah
dan fikrah pembaharuan yang “banyak mewarnai dan bahkan menyemangati pemikiran,
gagasan dan wawasan yang tertuang dalam buku ini.” Ia lahir dari himpunan
pengalamannya selama lebih empat dekad memimpin perjuangan dan menggagaskan
kefahaman dakwah (fiqh al-da‘wah), siyasah (fiqh al-dawlah), fikih keutamaan
(fiqh al-awlawiyyat) dan fikih ramah lingkungan (fiqh al-bi’ah) dalam gerakan
Islam, dan memperlihatkan kekuatannya sebagai karya besar yang mencantumkan
nilai keagamaan dan faham kebudayaan yang ideal.
Buku
ini berperanan dalam mengetengahkan idealisme perjuangan yang dinamis, dan
menggilap semangat juang yang tulen di kalangan generasi muda, dan menciptakan
jil khayra ummah, untuk meneruskan perjuangan dan membawa obor dan semangat
perubahan berpangkalkan kepada fikrah “al-tahririyah dan al-taghririyyah”
(pembebasan dan perobahan). Ia menzahirkan pesan-pesan al-Quran dan al-sunnah
tentang pembaharuan, dan membangkitkan kesedaran ilmu yang diilhamkan dari
pesan surah al-iqra’, yang telah mencetuskan revolusi keilmuan, pencerahan,
makrifat dan tauhid. Yang ditekankan adalah pemerkasaan jiwa dan ketahanan
rohaniah, dan penyuburan budaya ilmu, dan keberanian bersikap, dan kebobrokan
budaya takut, yang jelas “bertentangan dengan aspirasi kebebasan yang terpancar
dari ajaran tauhid”.
Tulisannya
mengilhamkan semangat juang, dan menanam keberanian mempertahankan kebenaran,
seperti diungkapkan dalam pantun melayu: “Apa guna pergi ke bendang kalau tidak
menanam padi, apa guna keris disandang kalau tidak berani mati” dan puisi yang
dilakar oleh W.S. Rendra tentang Kesaksian Bapak Saija: “Hidup tanpa daya,
sebab daya ditindih ketakutan, setiap hari seperti mati berulang kali. Setiap
saat berharap menjadi semut agar bisa tidak kelihatan. Sekarang setelah mati
baru aku menyedari bahawa ketakutanku membantu penindasan dan sikap tidak
berdaya menyuburkan ketidakadilan.”
Buku
ini turut menzahirkan pengiktirafan terhadap karya-karya agung dalam sejarah
bangsa, seperti Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang, Hikayat Hang Tuah,
Sulalatus Salatin dan sebagainya. Ia mengemukakan pemikiran budaya yang besar
dan mencetuskan upaya penting untuk mengangkat martabat dan harakat umat dari
dibelenggu dengan perangkap kejahilan, budaya fitnah dan ketakutan, dan
menetapkan keberanian, kefahaman dan keyakinan agama yang tangguh.
Tulisan
ini berusaha mengangkat persoalan bangsa dan menggarap idealisme perjuangan
dengan nilai-nilai agama yang utuh, dan menghuraikan isu kemajmukan, sumbangan
Islam dan masa depan perjuangan Melayu dengan hujah dan fikrah yang meyakinkan.
Ia mengungkapkan dasar-dasar Islam yang universal dan membawa kesedaran dan
keyakinan dalam menanggapi persoalan budaya yang merentasi batas ras dan agama,
dengan bersandarkan semangat ukhuwwah, wataniyah dan insaniyah yang kuat.
Ia melantarkan ide dan fikrah pembaharuan
yang dilatari oleh roh dan idealisme yang dizahirkan dalam al-Qur’an dan
al-sunnah yang mengangkat kemuliaan dan darjat manusia, dan berjuang
menumpaskan tirani, menentang kebatilan, perkauman sempit dan faham rasis dan
mencipta mekanisme untuk melantik pemimpin yang adil yang dapat melayani
kehendak rakyat, yang “empowering (memperkasa) dan inspiring” (mengilhamkan)
dan mempunyai stamina dan kesanggupan untuk menegakkan keadilan, mempertahan
yang hak dan mengimarahkan syiar dan penghayatan Islam.
Buku
ini tuntas mempelopori usaha pembudayaan bangsa dan pencerahan dengan
bersandarkan konsep hurriyyah dan wasatiyyah, karamah insaniyyah dan maqasid
syariah, yang telah memberikan kekuatan pada fikrah perbahasannya. Matlamatnya
adalah untuk membina keseimbangan ilmu dan amal, kalbu dan jasmani, dunia dan
ukhrawi, manusia dan alam dengan pesan yang strategis yang digarap dari ajaran
dan tuntunan al-Qur’an yang menggariskan haluan perjuangan yang jelas untuk
mengangkat nilai-nilai keagamaan yang inklusif seperti ukhuwwah dan ‘adalah
berpangkal kepada cita-cita besar untuk merealisasikan hasrat membina kekuatan
dan kedaulatan umat.
Ketinggian
budaya dan peranan Islam dalam mencetus perubahan dan kebangkitan di Nusantara terserlah dari kupasan Dr Siddiq
Fadzil dalam karya ini yang mengetengahkan kerangka pemikiran yang tuntas dan
menitipkan wacana pemikiran yang segar tentang maqasid syar‘iah, faham keadilan,
keberanian menuntut perubahan dan pembebasan, dan ketinggian nilai Islam yang
tercetus hasil ketangkasan dan kekuatan daya renungnya tentang gagasan dan
aspirasi perubahan yang mengesankan.
Buku
ini merupakan sumbangannya yang penting dalam menzahirkan aspirasi budaya dan
gagasan pencerahan yang besar, yang terbina dari kesedaran agama dan keunggulan
budaya pemikiran yang berlatarkan Islam dan merupakan faktor sejarah yang
penting dalam perkembangan dakwah Islam di rumpun Melayu yang menzahirkan
kemurnian dan keagungan sejarah bangsa Melayu yang fenomena.
Rujukan
Sidiq Fadil (2012). Islam dan
Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat. Selangor: Akademi Kajian
Ketamadunan.
Ahmad
Nabil b. Amir
Post
Doctoral Researcher, Department of Science, Kulliyyah of Engineering,
International
Islamic University Malaysia (IIUM), P.O Box 10, 50728 Kuala Lumpur
Malaysia
No comments:
Post a Comment