Sunday, 19 May 2013
KOLEKSI ARTIKEL BERHUBUNG KARYA AGUNG
1) SENI ESTETIKA TINGGI SENTUHAN KARYA AGUNG
sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Seniestetikatinggisentuhankaryaagung/Article
2) LAPAN SARJANA BINCANG KEBENARAN DUA KARYA AGUNG MELAYU
sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2011&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_33.htm
3) MENYELAMATKAN KARYA SASTRA TERBESAR, SERAT CENTHINI
sumber : http://www.ugm.ac.id/koran/files/6090/Ber1%2002-01-09%20hal%205.jpg
http://www.ugm.ac.id/koran/index.php?page=search&hal=558&part=111&key=
Tuesday, 14 May 2013
ADAT ISTIADAT DAN STARATA MASYARAKAT MELAYU DALAM SULALATUS SALATIN
1.0 Pengenalan
Sulalatus
Salatin merupakan judul asal Sejarah Melayu. Karya ini ditulis oleh Tun Seri
Lanang pada tahun (1612). Sewaktu karya ini ditulis terdapat pelbagai cerita
lisan dan salasilah yang tesebar luas. Karya ini berkemungkinan besar ditulis
di Johor setelah Kesultanan Melayu Melaka berpindah dari Bentan setelah
diserang Portugis yakni setelah kejatuhan Melaka. Seterusnya, perpecahan
politik Melayu telah berlaku sehingga terdapat orang yang menyebelahi Portugis.
Bentan beberapa kali menyerang Melaka tetapi gagal. Walau bagaimanapun,
kemenangan Belanda di Melaka pada tahun (1641) menjadikan kesultanan Melayu
kembali kuat. Berdasarkan situasi inilah, Sulalatus Salatin dari Gowa
diperbaiki oleh penyalin-penyalin barunya.
Karya ini merupakan karya yang
sangat istimewa dari segi usia, budaya, bahasa, gaya naratif, ketatanegaraan,
pakaian, dan banyak lagi. Oleh itu, Sulalatus Salatin menjadi bahan suntingan,
alih aksara, dan terjemahan oleh sarjana Eropah dan pengkaji tempatan. Salah
satu judul terbitan berhubung teks dan kajian Sulaltus Salatin ialah Sulalatus
Salatin yang disunting oleh A. Samad Ahmad. Adat istiadat dan strata masyarakat
pada zaman itu merupakan keistimewaan yang sangat unik untuk ditelusuri bagi
menerjah kehidupan dan keagungan kerajaan Melayu pada zaman itu.
Konsep adat istiadat terbahagi
kepada dua iaitu, adat dan istiadat. Adat mewakili undang-undang dan larangan
Diraja. Larangan Diraja merupakan pelaksanaan undang-undang berdasarkan hukuman
melanggar undang-undang atau melakukan sebarang kesalahan. Undang–undang pula melibatkan larangan
mengenai perhiasan pakaian peralatan raja. Istiadat pula mewakili aturan dalam
negeri dan pelaksanaan upacara atau istiadat. Istiadat kebiasaannya dijalankan
di istana raja dan mengutamakan kelengkapan dan perjalanan upacara. Seterusnya,
aturan dalam negeri ialah istiadat aturan dalam negeri tidak melibatkan denda
dan mementingkan protokal.
Starata atau tingkat kedudukan
masyarakat Melayu dalam Sulalatus Salatin. Starata masyarakat Melayu pada zaman
kesultanan Melayu terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang
diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja dan pembesar. Golongan
diperintah pula terdiri daripada rakyat dan hamba. Masyarakat Melayu
traditional sememangnya mengamalkan sistem pemerintahan secara mutlak.
2.0
Maksud Adat Istiadat dan Strata Masyarakat
Adat
istiadat sebahagian adat yang mengatur segala upacara dan kegiatan suci yang
perlu menerima penghormatan awam. Adat istiadat berlaku kerana masyarakat
mengamal dan menjaganya dengan baik (Abdullah Siddik, 1975). Walau
bagaimanapun, adat istiadat bergantung pada prinsip perubahan melalui muafakat
dan perundingan serta pengaruh luar. Etimologi perkataan adat berasal daripada
bahasa Arab iaitu, ‘Adah’ yang bermaksud kebiasaan atau perbuatan yang
dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan
dihormati. Seterusnya, perbuatan kebiasaan ini akan menjadi adat. Kata majmuk
adat merupakan adat istiadat. Adat istiadat dalam masyarakat Melayu traditional
merupakan segala proses kehidupan manusia bermula daripada kelahiran hingga
kematian (Abdul Latif, 2001). Gambaran adat istiadat dan larangan - larangan
yang mementingkan protokol dan adat istiadat bertujuan untuk menonjolkan kebesaran
raja Melaka.
Corak pemerintahan dan pentadbiran
di negeri Melaka telah mempengaruhi pembentukan susun lapis masyarakat. Setiap
lapisan masyarakat mempunyai kedudukan dan fungsinya yang tersendiri. Secara
umum, masyarakat Melayu tradisional Melaka dapat dibahagikan kepada dua
golongan utama iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah.
Golongan pemerintah terdiri daripada raja dan pembesar. Golongan yang
diperintah terdiri daripada rakyat dan hamba (Akashah Ismail, 2010). Biasanya
golongan yang memerintah ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan istimewa
daripada golongan yang diperintah.
3.0 Adat Istiadat Dalam Sulalatus Salatin
3.1
Aturan dalam Negeri
Aturan
dalam negeri ialah istiadat aturan dalam negeri tidak melibatkan denda dan
mementingkan protokal.
3.1.1 Adat Penganugerahan Gelaran
Adat
ini dimulakan dengan menjemput orang yang bakal menerima gelaran ke istana.
Jemputan pula penganugerahan adalah mengikut pangkat dan gelaran yang bakal
diterima. Orang besar-besar akan menjemputnya jika mendapat penganugerahan
‘Perserian’. Bagi anugerah ‘Persangan’ hanya orang kecil-kecil sahaja yang akan
menjemput orang yang bakal menerima anugerah. Orang yang akan menerima anugerah
akan dijemput dengan menggunakan gajah atau kuda. Mereka akan diiringi dengan
payung dan gendang serunai ke istana. Ketika tiba di istana, riwayat mereka
akan dibaca dan diberi persalinan mengikut gelaran yang diberikaan oleh raja.
Sebagai contoh, anugerah bendahara akan diberi lima ceper persalinan. Situasi
ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Jika baginda menggelar orang, maka raja dihadap orang di
balairung, orang beradat. Maka dijemput orang itu: jika "Perserian ",
Orang Besar-besar menjemput dia; jika "Persangan", orang kecil
menjemput dia; jika "Pertuanan" orang sedang menjemput dia; dan jika
orang bergelar itu patut bergajah, dibawakan gajah; yang patut berkuda,
dibawakan kuda; dan jikalau tiada patut bergajah dan berkuda, dibawa berjalan
dengan bingkisan, dengan payung dan gendang serunai, tetapi payung itu, ada
hijau, ada yang biru, ada yang merah, dan sebesar-besamya payung kuning; dan
payung putih dengan nagara itu mahal adanya, sebaik-baiknya nafiri. Dan payung
kuning itu payung anak raja-raja dan orang besar-besar; dan payung ungu dan
merah dan hijau itu payung sida-sida dan ben tara hulubalang sekalian. Adapun
payung biru dan hitam itu akan payung barang orang bergelar juga.
(A. Samad Ahmad,1979: 76)
3.1.2 Adat Mengadap Raja di Balairung
Semasa
mengadap raja terdapat adat istiadat mengadap raja di balairung.
Pembesar-pembesar akan di susun mengikut pangkat kebesaran tersendiri seperti
bendahara, penghulu bendahari, dan temenggung akan duduk di seri balai. Anak-
anak raja akan duduk di bahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Sida-
sida yang muda akan duduk berselang-seli dengan bentara dan hulubalang yang
berdiri di ketapakan balai memikul pedang. Petikan di bawah menggambarkan
aturan mengadap raja di balairung. Situasi
ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Kemudian
daripada itu maka Raja Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh
segala raja-raja dan ulama dan pendita dan segala Orang Besar-besar, dan segala
pahlawan yang gagah-gagah mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan
belakang baginda segala Hamba yang khas dan segala yang kepercayaannya.
(A. Samad Ahmad, 1979:5)
Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka
Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang
Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja
itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda
duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di
ketapakan balai memikul pedang, dan kapala bentara yang di kiri itu, daripada
anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan
Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu
hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang
siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar
Sang Guna bakal Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal
Bendahara.
(A.Samad Ahmad, 1979: 75)
3.1.3 Istiadat Raja ke Istana
Institusi
beraja dalam Sulalatus Sulatin mempunyai kepelbagaian adat istiadat yang
mengikut aturan termasuklah adat istiadat raja masuk ke istana. Ketika raja
akan ke istana gendang akan dipalu sebanyak tujuh ragam dan nafiri akan
dibunyikan. Setelah selesai palukan gendang kali ketujuh, raja keluar bergajah
diarak ke istana. Rakyat yang hadir akan duduk bersila di tanah. Situasi ini
dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Syahadan di Bintan gajah memangku puan baginda, dan
Demang Mangku Raja, saudara Demang Lebar Daun, menyandang pedang badram
belawa, dengan segala penjawat baginda berjalan di hadapan gajah baginda;
Menteri Bupala memegang gading kanan, Aria Bupala memegang gading kiri. Maka
payung iram-iram kerajaan putih pun terkembanglah empat, serta cogan kerajaan
panji-panji alam pun terdirilah. Maka diarak oranglah baginda masuk ke dalam
kota Bintan dengan segala bunyi-bunyian diiringkan oleh segala menteri
hulubalang kedua buah negeri itu, terlalu sabur rupanya. Mereka yang melihat
bersesak bertindih-tindih sepanjang pasar itu. Maka disuruh arak oleh Wan Seri
Beni langsung sekali ke dalam; maka diarak oranglah masuk ke dalam rong sekali,
terkepil di atas rong dalam.
(A.
Samad Ahmad, 1979:25)
Berdasarkan sulalatus sulatin ini,
Raja Iskandar berjalan dihadapan gajah baginda berserta dengan menteri baginda
iaitu, Menteri Bupala memegang gading kanan manakala Aria Bupala memegang
gading kiri. Orang suruhan baginda akan berjalan dihadapan gajah baginda.
Payung iram-iram putih kerajaan juga turut digunakan semasa perarakan tersebut.
Segala bunyi-bunyian dimainkan dan diiringi menteri kedua-dua buah negeri
melalui pasar sebelum masuk ke balai rong.
3.1.4 Adat Menjunjung Duli
Adat
menjunjung duli juga terdapat dalam Sulalatus Sulatin. Adat istiadat ini
diadakan apabila empat atan lima orang kepala bentara yang terdiri daripada
sida-sida akan duduk di Seri Balai. Segala perkakas seperti ketur, kendi,
kipas, dan barang yang diselang kedudukannya. Pedang pula berada di sebelah
kiri dan kanan. Pedang kerajaan dipikul oleh Laksamana atau Seri Bija Diraja.
Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Syahadan jika menjunjung duli, dahulu kepala bentara yang
empat lima orang itu daripada sida-sida yang duduk di Seri balai itu, melainkan
segala menteri yang besar-besar. Adapun nakhoda Cempa yang pilihan duduk di
seri balai; maka segala anak tuan-tuan yang bersahaja-sahaja duduk di selasar
balai. Adapun segala perkakas raja, seperti ketur dan kendi, kipas dan barang
sebagainya diselang-selang duduknya; melainkan puan dan pedang dikelek-kelekan
kiri dan kanan; pedang kerajaan itu, Laksamana atau Seri Bija Diraja memikul
pedang itu.
(A.Samad Ahmad, 1979:75)
4.0 Starata Masyarakat Melayu dalam Sulalatus
Salatin
Raja
merupakan golongan yang merintah dan rakyat merupakan golongan yang diperintah.
Persetujuan ini hasil dari waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar
Daun. Sehubungan itu, strata masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu, golongan
pemerintah dan golongan yang diperintah.
4.1
Golongan pemerintah
4.1.1 Raja Atau Sultan
Golongan
pemerintah yang paling tinggi dalam susun lapis masyarakat dikenali sebagai
‘raja’. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan Islam maka gelaran tersebut
telah bertukar kepada gelaran ‘sultan’. Sulalatus Salatin memaparkan golongan
pemerintah sebelum dan ketika kewujudan Kesultanan Melayu Melaka. Nama
pemerintah tertinggi atau raja sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka ialah
Raja Iskandar, Raja Suran, dan Demang Lebar Daun. Selain itu, nama-nama sultan
yang memegang taktha kerajaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pula iaitu,
Sultan Muhammad Syah, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan
Alau’d-Din Riayat Syah, dan Sultan Mahmud Syah. Karya Sulalatus Sulatin istimewa
kerana memberi pandangan terhadap pembaca mengenai paparan sikap setiap
pemerintah dalam pemerintahannya. Pembaca dapat menilai sendiri setiap tindakan
pemerintah yang membawa kebaikan dan keburukan dalam masyarakat. Terdapat
pemerintah yang bertanggungjawab tentang nasib dan masa depan puterinya dan
menjaga kebajikan rakyatnya daripada teraniaya. Situasi ini dapat digambarkan
melalui petikan teks di bawah.
Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak
patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti
patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun
kumia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana
tuanku. Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di
bawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah
ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah
duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau
patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi."
(A.Samad Ahmad :1979: 25)
Maka titah Seri Teri Buana, "Kabullah hamba akan
janji paman itu; tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada paman.
"Maka sembah Demang Lebar Daun, "Janji yang mana itu, patik pohonkan
titah duli Yang Maha Mulia." Maka titah Seri Teri Buana, "Hendaklah oleh
segala anak cucu Hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat
pekertinya, jangan segala Haru ba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya
ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga.
"
(A.Samad Ahmad :1979:25)
Walau bagaimanapun, terdapat juga
sultan yang tidak bermoral sebagai pemerintah. Sebagai contoh, Sultan Mahmud
Syah yang suka berfoya-foya, kuat nafsu, dan terlibat dengan perkara maksiat.
Antara sikap sultan mahmud yang menunjukkan baginda mengetepikan nilai moral
melalui peristiwa baginda berjahat degan isteri Tun Biajid ketika suaminya
tiada di rumah. Namun, ketika usia baginda meningkat tua, baginda telah
mengubah sikapnya menjadi seorang yang memegang nilai-nilai positif. Keinsafan
baginda jelas terpancar apabila baginda meninggalkan banyak wasiat berunsurkan
nasihat.
4.1.2 Bendahara
Bendahara
merupakan pembesar negeri yang paling kanan dan menjadi ketua penasihat kepada
sultan dalam starata masyarakat Melayu yang terdapat dalam karya agung
Sulalatus Salatin. Bendahara juga memegang tugas sebagai pemangku sultan jika
sultan masih kecil. Sebagai contoh, Bendahara Paduka Raja Tun Perak
melaksanakan pemerintahan sewaktu Sultan Mahmud Syah Masih kecil.
Selain itu, bendahara memegang
beberapa tugas lain seperti berkuasa menyelesaikan masalah tertentu tanpa
merujuk sultan. Misalnya, Bendahara Seri Maharaja menyelesaikan perselisihan
antara Raja Mendaliar dengan Nina Ura Dewana. Bendahara turut berkuasa memberi
arahan tanpa perintah raja dalam starata masyarakat Melayu dalam Sulalatus
Salatin. Seseorang bendahara merupakan orang yang penting dalam organisasi
masyarakat apabila bertindak sebagai pemimpin apabila berlaku peperangan dan
berpengaruh dalam memilih pengganti sultan.
Antara beberapa orang bendahara
dalam karya agung yang memegang pucuk kepimpinan keagungan Kesultanan Melayu
Melaka iaitu, Tun Perak, Tun Ali, dan Tun Mutahir. Tun perak merupakan salah
seorang bendahara yang berwibawa kerana beliau merupakan seorang yang pintar,
cekap, berani dan sangat rapat dengan sultan. Oleh itu, beliau memegang jawatan di
bawah empat pemerintahan iaitu, zaman Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah,
Sultan Alau’d-Din Riayat Syah, dan Sultan Mahmud Syah.
Kebijaksanaan Tun Perak dapat
dilihat apabila beliau bijak mengatur strategi perang untuk mencapai kejayaan
tanpa pertumpahan darah. Beliau bijak kerana menggunakan tipu helah dengan
menambat puntung api pada kayu-kayu di sepanjang sungai. Sehubungan itu, pihak
Siam menggangap angkatan Melaka sangat ramai untuk menyerangnya. Bendahara
berkuasa dan berpengaruh dalam melantik dan memilih pengganti sultan. Situasi
ini dapat dilihat apabla Bendahara Paduka Raja Tun Perak enggan menyembah Raja
Muhammad (Raja Muda) setelah tragedi pembunuhan Tun Besar menyebabkan Sultan
Mansur Syah terpaksa "mengalah" dan menyingkirkan Raja Muhammad dari
takhta Melaka dan dirajakan di Pahang.
4.1.3 Penghulu Bendahari
Seterusnya,
penghulu bendahari merupakan orang ketiga terpenting dalam starata masyarakat
dalam Sulalatus Sulatin. Penghulu
bendahari bertindak sebagai bendahari raja dalam melaksanakan tugas dalam
negeri. Penghulu bendahari melaksanakan tugasnya dalam masyrakat sebagai
pemmungut hasil negeri termasuk hasil
yang ddipungut oleh syahbandar. Beliau juga menyimpan daftar bilangan hamba dan
mengurus kelengkapan dalam istana.
Oleh
itu, beliau bertanggungjawab menyuruh penghulu balai menghias balai, membentang
tikar, menggantung tabir, dan langit-langit. Bukan itu sahaja, penghulu
bendahari memegang usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat secar
berusungan pada hari raya. Gelaran yang diberikan terhadap penghulu bendahari
ialah Seri Nara Diraja.
Berdasarkan
sulalatus salatin jawatan Seri Nara Diraja dipegang oleh tun ali. Tun ali ialah
Anak Mani Puridan bersama Tun Ratna Sari. Pengaruh Seri Nara Diraja sangat kuat
dalam institusi Kesultanan Melayu Melaka kerana beliau merupakan pembesar
terpenting dalam rancangan merampas taktha Melaka yang dikuasai Raja Rekan.
Rampasan ini berhasil disebabkan oleh kebijaksaannya tokoh ini. Seri Nara
Diraja sangat berpengaruh semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Tokoh ini
mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan sultan menyebabkan segala
kemahuannya dituruti sehingga Seri Wak Maharaja terasa tersingir dan tidak
dipedulikan. Situasi ini dapat dilihat melalui petikan teks di bawah.
Hatta
maka Bendahara Seri Amar Diraja pun hilanglah, maka Tun Perpatih Sedang, anak
Bendaharalah pula jadi Bendahara bergelar Bendahara Seri Wak Raja juga, tetapi
sungguhpun jadi Bendahara sekadar nama sahaja, yang orang besamya Seri Nara
Diraja juga; barang suatu katanya tiada dilalui raja,
(A. Samad
Ahmad, 1979: 87)
Seri
Nara Diraja pun sudah hilang, cucunya yang bernama Tun Ali, anak baginda Mani
Purindan pula jadi Penghulu Bendahari menggantikan nindanya bergelar Seri Nara
Diraja juga.
(A. Samad Ahmad, 1979:83)
4.1.4
Temenggung
Temenggung
bertanggungjawab sebagai pelaksana undang-undang dan peraturan negeri dalam
starata masyarakat Melayu dalam Sulalatus Salatin. Beliau bertugas sebagai
orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan, menangkap orang yang bersalah,
dan menjalani hukuman. Temenggung melaksanakan kawalan dalam negeri. Keadaan
ini jelas dilihat dalam karya Sulalatus Salatin apabila Melaka diancam pencuri
ketika pemerintahan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah. Selain itu, temenggung juga
bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan protokol seperti mengatur tempat
pembesar mengikut status. Temenggung turut bertugas mengepalai gajah ketika
raja menaiki gajah.
4.1.5 Syahbandar
Syahbandar
merupakan orang yang mengawal aktiviti segala dagang dalam starata masyarakat
sulalatus masyarakat. Beliau bertanggungjawab atas urusan di kuala seperti
memeriksa perahu masuk dan keluar. Syahbandar juga melaksanakan tugas dengan
menyelia pedagang-pedagang yang menurun barang dari kapal dan memungut cukai
daripada pedagang.
4.1.6 Laksamana
Laksamana
dilantik daripada keturunan hulubalang. Laksamana bertanggungjawab menjaga
negeri daripada ancaman di laut dan darat. Sebagai contoh, laksaman Hang Tuah
menghalang Semerluki dari Makasar yang datang merosakkan tanah jajahan Melaka.
Laksamana juga berperanan memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi.
Berdasarkan Sulalatus Salatin menceritakan cara Hang Tuah diberi pengiktirafan
yang tinggi setelah berjaya membunuh hang jebat yang dianggap pengkhianat.
Selain
itu, laksamana turut menjaga keselamatan dan maruah bendahara sekiranya
terdapat orang yang menghina atau biadap kepada bendahara. Misalnya, Laksamana
Khoja Hassan tidak teragak-aagak membunuh Tun Perpatih Hitam yang berkelakuan
kurang sopan iaitu, menguis tikar dengan kaki di hadapan Bendahara Seri
Maharaja. Laksamana juga bertugas sebagai pengawal istana.
Keperwiraan
seorang laksamana dapat ditelusuri melalui tokoh laksamana yang bernama hang
tuah. Asal keturunan hang tuah berasal daripada anak raja bajung yang menetap
di negeri bajung dari kepulauan mengkasar. Nama sebenar hang tuah ilah daeng
mempawah. Gelaran Hang Tuah diberikan oleh Sultan Mansur Syah. Ketika Hang Tuah
dibawa ke Melaka umur tokoh ini hanyalah berusia 12 tahun. Beliau merupakan
seorang yang hebat dalam bermain senjata dan ilmu hulubalang.
Hang
tuah telah memegang jawatan sebagai laksamana ketika pemerintahan kerajaan
Melayu Melaka dengan membantu sultan dalam peperangan. Tokoh ini telah
menyertai angkatan perang melaka menyerang dan menakluk negeri-negeri lain bagi
meluaskan tanah jajahan takluk. Situasi ini dapat dilihat dalam karya Sulaltus
Salatin apabila beliau mengiringi Bendahara Paduka Tuan dan Seri Bija Diraja
menentang angkatan perang Haru yang merosakkan jajahan Pasai dan tanah jajahan
Melaka. Hang Tuah juga turut mengiringi Sultan Mansur Syah dalam rombongan
diraja ke Majapahit. Hal ini demikian kerana tugasnya bertanggungjawab ke atas
keselamatan sultan.
Tambahan
lagi, ketokohan Hang Tuah dalam sistem pemerintah dalam susun lapis masyarakat
sesuah kerajaan dapat dilihat dalam karya Sulaltus Salatin apabila beliau
mengetui angkatan perang melaka menumpaskan kegiatan lanun yang mengancam
keselamatan Melaka. Kegiatan ini dilakukan oleh anak Raja Mengkasar yang
menjalankan kegiatan lanun di tanah jajahan Melaka. Situasi ini dapat
digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Diceriterakan orang yang empunya ceritera selama Hang
Tuah dalam Melaka itu, ia membunuh orang yang mengamuk tujuh puluh empat orang,
barang yang tiada dapat siapa-siapa mengembari dia, maka ialah yang mengembari;
demikianlah peri Hang Tuah dalam Melaka. Jikalau ia bergurau sama mudamuda
maka disingsingnya tangan bajunya, maka ia memengkis katanya, "Laksamana
akan lawanku," maka jadi disebut-sebutlah namanya oleh samanya muda-muda
"Laksamana". Maka Sultan Mansur Syah pun turut menyebut nama Hang
Tuah itu Laksamana.
(A.Samad Ahmad, 1979:119)
Maka
sembah Seri Bija Pikrama, "Tiada tuanku, raja Mengkasar bertanya kepada
patik akan kegemaran duli tuanku maka patik katakan gemar akan budak yang baik
rupa." Mala semuanya perihal ehwalnya habis dipersembahkannya ke bawah
duli Sultan Mansur Syah. Maka baginda pun suka, serta Seri Bija Pikrama dipuji
baginda. Maka Daeng Merupawah itu dinamai baginda Hang Tuah, itulah asal Hang
Tuah; maka dipeliharakan oleh baginda dengan sepertinya, terlalu kasih baginda
akan Hang Tuah, maka dianugerahi akan dia sebilah keris terupa Melaka dengan
selengkap perhiasannya.
(A.
Samad Ahmad, 1979: 105)
4.2 Golongan Diperintah
4.2.1 Rakyat
Rakyat
merupakan orang yang diperintah dalam sebuah pemerintahan. Mereka mengamalkan
kehidupan dengan aktiviti perniagaan, aktiviti di laut, dan bertani. Salah satu
peristiwa yang memaparkan aktiviti masyarakat dalam Sulalatus Salatin ialah
aktiviti berniaga. Sitausi ini digambarkan apabila seorang perempuan yang ingin
membuka kedai namun terlihat tangan orang yang ingin mencuri lalu menjerit.
Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Telah hari siang maka perempuan yang punya
kedai itu pun hendak membuka kedai, maka dilihatnya lengan orang tersampai
pada alang kedainya itu; maka ia pun terkejut, lalu menjerit. Maka daripada
hari itulah datang kepada akhirnya, tiada pencuri lagi dalam negeri Melaka.
(
A.Samad Ahmad, 1979:175)
4.2.2
Hulubalang
Hulubalalng
memegang peranan yang penting susun lapis masyarakat dalam Sulalatus Salatin.
Hulubalang sangat berperanan dalam sesebuah pemerintahan beraja. Hulubalang
bertanggungjawab sebagai ketua utusan Melaka. Situasi ini dipapar dalam
Sulalatus Salatin melalui watak Tun Bijaya Sura. Tun Wijaya Sura merupakan orang
yang diberi tanggungjawab oleh sultan untuk menjadi ketua utusan dalam
rombongan melaka ke majapahit. Tokoh ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri
sebagai hulubalang melalui permainan keris dan
mengatasi pahlawan Majapahit. Tun Wijaya Sura juga berperanan
mempertahankan maruah sultan dan kerajaan Melaka. Situasi ini dapat digambarkan
melalui petikan teks di bawah.
Maka Tun Bijaya Sura pun menyembah, lalu bangkit berlayam
menari. Setelah hampir dengan anjing
itu, maka dikirapnya utar-utar itu; maka gemerincinglah bunyi segala genta itu.
Maka anjing itu pun terkejut, putus rantai emas itu, lalu lari ke hutan, terus
hilang. Maka tun bijaya sura pun bermainlah sapu-sapu rengit. Maka seri bitara
pun tersenyum melihat penjenaka Tun Bijaya Sura itu; dalam hatinya berkata ,
“sangat bijaksana raja melayu ini, semua hambanya cerdik belaka;ia membalas
akan tuannya mengadap anjing, maka kakinya pula disuruh hadap kepada kita.”
(A. Samad Ahmad: 1979:122)
Keistimewaan hulubalang yang bernama
Tun Wijaya Sura ini juga digambarkan melalui tindakan pintar membuat helah,
cepat berfikir, dan hebat menjawab setiap persoalan. Beliau juga mahir dalam
adat jawa dan menjaga 40 keris yang diaugerahkan dengan selamat.
4.2.3 Hamba
Strata
masyarakat paling rendah dalam masyarakat yang terdapat dalam Sulalatus Salatin
ialah hamba. Kebiasaannya, hamba akan menjadi milik raja untuk membantunya
dalam sistem pemerintahan dan hidupan seharian. Semasa pemerintahan Sultan
Iskandar, hamba digunakan untuk membantu baginda dalam sistem kehidupan
seharian. Baginda sangat menaruh kepercayaan terhadap hambanya. Salah seorang
hamba raja ialah Badang. Badang merupakan hamba kepada Seri Rakna Wikrama.
Baginda menjadikan Badang sebagai hamba kerana terpesona dengan kebaikannya.
Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah.
Kemudian daripada itu
maka Raja Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh segala raja-raja
dan ulama dan pendita dan segala Orang Besar-besar, dan segala pahlawan yang
gagah-gagah mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan belakang baginda
segala Hamba yang khas dan segala yang kepercayaannya.
(A. Samad Ahmad,1979:5)
Sebermula
kedengaranlah ke Singapura, maka oleh Seri Rakna Wikrama disuruh baginda
panggil, maka Badang pun datang mengadap; maka dilihat baik akhlaknya;
dijadikan baginda "sandim sani". Berapa lamanya Badang menjadi Hamba
ke bawah duli baginda, maka ada pada suatu hari Seri Rakna Wikrama santap
hendak berulam buah kuras.
(A. Samad Ahmad ,1979:49)
5.0 Kesimpulan
Secara
tuntasnya, Sulalatus Salatin dapat menggambarkan keagungan kerajaan Melayu
Melaka yang diperturunkan kepada masyarakat pada masa kini. Dengan ini,
masyarakat akan dapat mengetahui dan mempelajari adat istiadat Kerajaan Melayu
Melaka sebagai sebuah kerajaan yang agung, besar dan berdaulat. Keagungan
Kedudukan raja yang tinggi dalam struktur pemerintahan dapat dilihat melalui
segala adat istiadat dan pantang larang yang menunjukkan perbezaan ketara
dengan golngan rakyat. Melalui adat
istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan institusi istana dan kuasa
pembesar dilindungi daripada ancaman jahat yang cuba untuk menjatuhkan mereka
kerana melalui adat dan pantang larang.
Sistem pentadbiran yang tersusun
juga digambarkan dengan wujudnya sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat
dalam sesebuah pemerintahan. Keadaan ini
dapat dilihat kerajaan Melayu mempunyai raja sebagai pemerintah dibantu oleh
pembesar-pembesar yang berwibawa bagi melancarkan perjalanan pentadbiran
negeri. Sehubungan itu, karya ini banyak memberi manfaat dalam pembentukan
sebuah pemerintahan yang mantap. Adat istiadat juga mengajar masyarakat untuk
berdisiplin dalam setiap tindakan.
VIDEO BERKAITAN KARYA SULALATUS SALATIN
Wednesday, 24 April 2013
DEFINISI DAN ETIMOLOGI MELAYU
DEFINISI MELAYU.
Menurut
Alias (1998), istilah ‘Melayu’ terbit daripada perkataan Sanskrit ‘Malaya’ atau mungkin dari perkataan
Tamil ‘Malai’ yang kedua-duanya
bererti ‘bukit’ atau ‘tanah
tinggi’. Mengikut Profesor Slametmuljana, nama ‘Melayu’ berasal
daripada perkataan Sanskrit. Kata
tersebut berkembang di dua tempat yang berbeza. Di seberang sebelah utara Selat
Melaka perkataan tersebut mengekalkan
sebutan aslinya iaitu ‘Melaya’
manakala di seberang sebelah selatan mengalami perubahan bunyi kepada ‘Melayu’.
M. Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-kolon
dalam karyanya yang berjudul Geographike
Sintaxis sekitar tahun 100-150 Masikhi. Menurut Gerini, istilah ini diambil
daripada kata bahasa Sanskrit malaya kolam atau kurram, iaitu merujuk kepada
suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia. Perkataan Melayu juga dapat
dikesan dalam sebuah kitab Hindu Purba yang berjudul Purana. Dalam kitab
tersebut, terdapat perkataan Malaya dvipa.
Sementara itu, menurut para penyelidik, perkataan tersebut merujuk kepada
Pulau Sumatera, yang merupakan tempat asal bahasa Melayu. Selain itu, perkataan
Melayu ditemui di dalam tulisan China yang bertulis pada zaman Dinasti Tang.
Tulisan ini menyatakan bahawa orang menyatakan bahawa orang Mo-lo-yeu mengirim utusan ke negara
China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. Para penyelidik
percaya bahawa kerajaan Mo-lo-yeu
yang dimaksudkan itu berpusat di daerah Jambi, Sumatera. Terdapat lagi dalam
tulisan China yang menyebut perkataan Melayu iaitu pada catatan seorang rahib
Buddha yang bernama I-Tsing. Beliau menggunakan istilah Mo-lo-yu pada dua
kerajaan iaitu Kerajaan Melayu berpangkalan di Sungai Batang dan Kerajaan
Sriwijaya yang berpusat di Palembang. I-Tsing juga menyatakan bahawa bahasa
Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar untuk mengajar bahasa Sanskrit
dan falsafah agama Buddha. Menurut China yang singgah di Nusantara, bahasa yang
dituturkan di Sriwijaya ialah bahasa K’un-lun.
Bahasa ini telah dipelajari oleh orang asing untuk memudahkan komunikasi. Para
penyelidik berpendapat bahawa bahasa K’un-lun ini adalah bahasa Melayu Kuno.
Catatan pengembara Chhina ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno telah
digunakan sebagai bahasa pengantaraan atau lingua franca pada zaman kerajaan
Sriwijaya.
Menurut
Jamilah (2004), dari segi akademik, konsep Melayu merupakan konsep yang
meliputi ruang yang luas dan tempoh masa yang panjang akibat daripada keluasan
dan bilangan penuntur bahasa tersebut. Banyak pendapat yang diutarakan oleh
para sarjana tentang konsep Melayu. Pada awalnya, istilah ‘Melayu’ dikaitkan dengan konsep kerajaan. Ini berdasarkan
bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bahawa perkataan Melayu hanya merujuk
kepada kerajaan atau kawasan dan bukan merujuk kepada bangsa.
Di
samping itu, penggunaan istilah ‘Melayu’
pada peringkat awal ini dapat dikesan sekitar circa 100-150 M. Pada tahun 1972,
United Nations Educational, Scientific
And Cultural Organisation (UNESCO);
telah memberikan pengertian bari tentang konsep Melayu. Istilah Melayu
itu kini digunakan untuk merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung
Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Di
Malaysia, satu ciri khusus telah ditambah untuk menerangkan konsep Melayu;
iaitu agama Islam. Isitilah Melayu menurut Perlembagaan Malaysia ialah manusia
yang menunturkan bahasa ibunda, mengamalkan cara hidup Melayu dan menganut
agama Islam. Berdasarkan pengertian tersebut, konsep Melayu akhirnya berfungsi
sebagai nama kolektif yang merujuk kepada satu kesatuan bahasa dan bangsa,
iaitu bahasa Melayu dengan bangsanya; bangsa Melayu.
Seterusnya,
pemahaman mengenai konsep Melayu ini penting kerana konsep inilah yang menjadi
korpus kajian kerana ianya seringkali menjadi tema penulisan sajak-sajak
Mohamed Latif Mohamed. Tambahan lagi sajak-sajak yang terpilih ini mula ditulis
seawal tahun 1974; iaitu pada masa berakhirnya era penjajahan Inggeris dan
Jepun dan bermulanya zaman kebangkitan semangat patriotisme dan nasionalisme
dalam kalangan orang Melayu. Meskipun perkataan Melayu itu sendiri tidak
digunakan secara tepat dalam merujuk pada makna asas Melayu dalam erti kata
yang sebenarnya; namun penggunaan perkataan –perkataan di dalam sajak-sajak
yang terpilih ini turut mempunyai hubunga secara tidak langsung dan merujuk
pada makna Melayu sebagai satu bangsa Melayu yang telah sedia wujud di
kepulauan Nusantara sejak berkurun lamanya. Menurut
Abdul Rashid dan Amat Juhari (2005), terdapat beberapa pengertian Melayu dari
pelbagai aspek. Antaranya adalah seperti berikut :
1. Melayu
mengikut Perlembagaan negara Malaysia. Di sini yang dikatakan Melayu ialah
orang yang lazim berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam dan
dia mestilah warganegara Malaysia. Pengertian dalam Perlembagan itu telah termaktub pada Ceraian
160 Perlembagaan Malaysia. Ia telah sejak Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
tahun 1957 dahulu.
2. Melayu
dari segi suku bangsa, yang bermaksud mereka ini mestilah daripada keturunan
suku Melayu dari sei darah dagingnya,bertutur bahasa atau dialek Melayu dan
berkebudayaan serta beradat resam Melayu. Agama Islam tidak menjadi syarat.
Suku Melayu jeni ini terdapat di Semenanjung Malaysia, termasuklah Thailand
Selatan, Pantai Sarawak, Pantai Sabah, Pesisir Kalimantan, Indonesia, Pantai
Timur Sumatera, dari Tamiang hingga Palembang dan Bengkulu, di Kepulauan Riau-Lingga
serta Bangka-Belitung.
3. Melayu
dari suku bangsa mempunyai satu pengertian lagi, iaitu syarat beragama Islam
itu mesti ada, tetapi sebaliknya syarat keturunan darah suku Melayu ditiadakan.
Ini bermakna jika terdapat suku lain memeluk Islam dan tinggal dalam kalangan
orang Melayu ia menjadi Melayu. Pertukaran agama menjadi Islam itu dikatakan
masuk Melayu. Ini pernah berlaku di Sarawak, Tanah Melayu, dan Sumatera Timur.
4. Melayu
dari segi pengertian yang didukung oleh UNESCO Melayu itu merupakan satu
keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizikal
tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus dan tinggi
yang sederhana dan mereka ini adalah penduduk asli di satu kawasan yang sangat
besar, iaitu dari Madagaskar di pantai timur benua Afrika di barat hingga ke
Pulau Paskah di lautan Pasifik. Dengan kata lain, Melayu di sini merupakan satu
stock bangsa yang sejak beberapa lama dahulu dikenali sebagai Malayo-Polynesia atau Austronesia yang
sering dipakai sekarang. Ini bererti Melayu itu merangkumi pelbagai suku kaum
seperti Aceh, Batak, Lampung, Sunda, Jawa, Bugis, Filipino dan lain-lain.
ETIMOLOGI MELAYU
Etimologi bermaksud kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut. Menurut Mohd Rashid (2007), melayu itu terbit daripada perkataan Sanskit ‘Malaya’ atau daripada perkataan Tamil ‘Malai’ yang ertinya ‘bukit’ atau ‘tanah tinggi’. Orang Portugis memelatkannya sebagai ‘Malayo’. Mengikut sejarah, bangsa yang bernama Melayu itu diam di sebuah kawasan anak sungai bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari atau sekarang terkenal dengan nama Sungai Jambi. Di kawasan hulu Sungai Jambi itu ada sebuah Kerajaan Melayu semasa sebelum terkenal Kerajaan Serivijaya atau Palembang Tua.
Sementara
itu, perkataan “melayu’’ dikatakan
daripada perkataan Mo-lo-yeu. Ini
dibuktikan dengan penemuan beberapa catatan oleh para pengembara. Antaranya
penemuan catatan pemgembara Cina sekitar tahun 644-645 M. Catatan Rahib Buddha
bernama I-Tsing yang singgah di Srivijaya pada 672 M mengatakan bahawa Bahasa
Melayu digunakan di Palembang. Manakala pengembara Portugis, Godinho de
Erachia, mengatakan Bahasa Melayu dalam
perhubungan di Kepulauan Melayu dengan pedagang-pedagang dari Asia Barat, India
dan China. Perkataan Melayu pada
Kerajaan Mo-lo-yue di Jambi, Sumatera, sempena sebatang sungai yang
dipanggil “Sungai Melayu’’. Bagi
salasilah Bahasa Melayu, dalam kajian rumpun dan Keluarga Bahasa Melayu, kita
perlu memahami istilah yang penting. Antaranya istilah tersebut yang perlu
difahami ialah filum iaitu kelompok bahasa seusia 5000 tahun, rumpun pula
kelompok bahasa 2500-5000 tahun dan keluarga merupakan kelompok bahasa seusia
kurang daripada 2500 tahun.
Istilah
Melayu juga disebutkan diambil daripada perkataan bahasa Jawa Kuno, mlayu, yang bermaksud ‘mengembara’ atau ‘pergi ke mana-mana’’. Maksud perkataan ini dikatakan sesuai dengan
orang Melayu yang dikatakan berpindah dari Yunan menuju ke kawasan Selatan,
menyeberangi Selat Melaka dan mendarat
di Pulau Sumatera. Menurut Nik
Safiah Karim (2010), asal usul orang Melayu, iaitu penuntur asli bahasa Melayu,
amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan
mendalam. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penuntur bahasa Melayu berasal
daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari
daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang
pergerakan manusia, dan menduduku wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak
tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu berlaku dengan kedatangan golongan pertama
yang disebut Melayu Proto; kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 Sebelum Masihi,
datang pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka
ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah
memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.
Menurut
Abdul Rashid (2005), dalam kajian Zuber Osman sebelum menentukan apa itu bahasa
Melayu, terlebih dahulu tentukan pengertian perkataan ‘Melayu’. Perkataan Melayu
berasal daripada ‘Himalaya’ yang
telah disingkatkan kepada ‘Malaya’,
dan kemudiannya menjadi Melayu. Perkataan ‘Himalaya’
berasal daripada perkataan ‘hima’ dan
‘alaya’. ‘Hima’ bererti salji atau
salju. Sedangkan ‘alaya’ bererti tempat. Dengan itu hima alaya maksudnya tempat sejuk, seperti di puncak gunung yang
tinggi.
Manakala
ada juga pengkaji yang mengatakan bahawa
Melayu itu daripada perkataan ‘Malaiyur-pura’ yang terpahat pada
prasasti Bukit Gombak I di Sumatera Barat yang bererti kota Malaiyur, atau kota
gunung. Dari situ timbul perkataan malaiyur
= malaiyu = malayu = melayu. Pada Batu Bersurat Bukit Gombak Stau di
Sumatera barat, tercatat perkataan Melayu Pura bermaksud ‘kota Melayu’ atau ‘Kerajaan
Melayu’. Dengan kata lain, istilah Melayu diambil daripada perkataan
Malayapura
Selain
itu, ada juga yang mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal daripada
perkataan ‘pamalayu’, iaitu peristiwa
ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di
Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Kemudian di situ didirikan sebuah
prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa. Prasasti itu dibina sebagai peringatakan
tentang berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah
Melayu pada tahun 1286. Pamalayu itu
bermaksud Ekspedisi Malayu, iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu.
Perkataan Melayu itu berasal daripada perkataan Jawa Kuno dan Jawa Baru, iaitu
mlaya dan mlayu yang bererti lari.
Akhir
sekali, pendapat mengatakan perkataan Melayu berasal daripada Malayu, iaitu sebuah kerajaan yang
berpusat di Muara Jambi. Kerajaan Malayu ini terwujud pada abad ke-7 (644M)
dan pernah dilawati oleh I-Tsing pada
671 M. Nama Malayu bagi kerajaan Malayu ini berasal daripada nama sebuah
sungai yang terletak di situ, iaitu Sungai Melayu. Penamaan kerajaan aatau
negeri daripada nama sungai adalah perkara biasa dalam budaya Melayu, seperti
nama Negeri Johor, Pahang, Kelantan, Sarawak, Perak, Kedah, Siak, Terengganu,
Inderagiri dan banyak lagi yang berasal daripada nama sungai. Tetapi bagaimana
pula nama sungai diberi Melayu, tidak yang lain? Mengikut ceritanya air di
sungai itu begitu deras arusnya, selaju orang berlari. Dengan itu ia diberikan
nama sungai Malayu atau Melayu. Melayu di sini sama dengan pengertian dalam
bahasa Jawa, iaitu lari. Menurut Asamah Hj Omar (1993), pengetahuan tentang asal
usul bangsa Melayu diperolehi dari bahan-bahan peninggalan purbakala. Dengan
itu, orang-orang Melayu dan orang-orang yang seketurunan dengannya di seluruh
Kepulauan Melayu dikatakan berasal dari Tanah Besar Asia.
RUJUKAN
RUJUKAN
Abdul
Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2005), Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Alias
Mohammad Yatim (1998), Mengenali Bahasa
Melayu. Kedah : Peercetakan Paavai.
Asmah
Hj Omar (1993), Susur Galur Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Percetakan T.I
Jamilah
Syed Ahmed ( 2004 ), Konsep Melayu,
Perjuangan & Kemunduran dalam Sajak-sajak Mohamed Latif Mohamed : Satu Analisis Makna. Akedemi Pengajian Melayu. Kuala Lumpur : Univesiti Malaya.
James
T. Collins (2005), Bahasa Melayu Bahasa
Dunia : Sejarah Singkat. Jakarta : Yayasan Obor
Indonesia.
Muhammad
Haji Salleh (1997), Sulalatus Salatin
Ya’ni Pertuturan Segala Raja- Raja/karangan Tun Seri Lanang. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan & Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad
Haji Salleh (2009), Sulalat al-Salatin
Ya’ni Pertuturan Segala Raja-Raja/karangan Tun Seri Lanang. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan & Dewan Bahasa dan Pustaka.
KONSEP KARYA AGUNG MELAYU
Karya
agung ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan dalam aspek budaya,
pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan sehingga hari ini
bersama sesuatu bangsa. Sementara itu, karya ini dianggap sebagai pembentuk dan
cerminan budaya dan tamadun bangsa. Manakala karya agung Melayu pula ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta
seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu yang terdahulu kala dalam
menyampaikan wahana idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran
moral dan visi sesuatu bangsa itu sendiri. Melalui bentuk sastera dan seni yang
tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman
yang terkandung dalam pemikiran tamadun Melayu.
Karya agung Melayu bererti
karya agung yang ditulis, diungkapkan atau dilisankan seperti pepatah, pantun,
lipur lara dan lain-lain dalam bahasa
Melayu yang tidak mengira kelompok, bangsa, etnik yang terdapat dalam kawasan
dunia Melayu. Erti kata Melayu dalam karya agung tidak dapat dikenal pasti
secara langsung, tapi berdasarkan penulisan
hikayat ini dapat membuktikan wujudnya Melayu itu berdasarkan peristiwa berlaku pada dahulu kala.
Sumber:
http://yayasankaryawan.com/index.phpoption=com_content&task=view&id=6&Itemid=1
Sumber:
http://yayasankaryawan.com/index.phpoption=com_content&task=view&id=6&Itemid=1
TOKOH-TOKOH PENGARANG KARYA AGUNG
ABDULLAH MUNSYI PENGARANG HIKAYAT ABDULLAH
ABDULLAH BIN ABDUL
KADIR MUNSYI (HIKAYAT
ABDULLAH)
BIOGRAFI
- Nama : Abdullah Bin Abdul Kadir
- Nama gelaran : Munsyi Abdullah
- Keturunan: India Muslim berketurunan Arab
- Tempat kelahiran: Kampung Pali, Melaka (1976)
- Bilangan adik-beradik: Anak bongsu daripada empat adik-beradik
- Bahasa yang dikuasai: Melayu, Arab, Tamil, Hindustan, Inggeris.
- Pekerjaan: penulis, penterjemahan buku, guru
- Meninggal dunia di Jeddah (1845).
KERJAYA
- Beliau mula bekerja dengan bapanya iaitu menolong bapanya menyalin dokumen dokumen penting.
- Bekerja sebagai pentafsir dan jurutulis kepada Sir Stamford Raffles.
- Membantu Paderi Thomson dan Milne menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu.
- Pernah menjadi guru bahasa Melayu kepada askar Inggeris berketurunan India.
- Pernah memangku jawatan pengetua di Anglo-Chinese College ketika Paderi Thomson pulang bercuti di England.
- Beliau juga telah mentafsirkan cerita-cerita turun-temurun agama Hindu.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
- Munsyi Abdullah diberi pendidikan membaca dan menulis sejak berusia tujuh tahun.
- Beliau diajar mengaji Al-Quran dan tulisan jawi serta tatabahasa Melayu oleh bapanya sendiri.
- Ketegasan ayahnya menggesa beliau belajar menjadi faktor yang menyebabkannya suka kepada pelajaran atau menuntut ilmu.
KARYA-KARYA YANG DIHASILKAN
- Syair Singapura Terbakar (1830)
- Kisah Pelayaran Abdullah (1838)
- Hikayat Abdullah (1849)
- Dewa-ul-Kulub (1883)
- Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah (1920)
SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT
- Pencetus zaman moden dalam masyarakat Melayu.
- Digelar “Bapa Pemodenan Melayu” kerana beliau memulakan tradisi penulisan tentang kisah-kisah masyarakat, dan tidak lagi tentang mitos dan dongeng atau sejarah pemikiran raja-raja feudal seperti yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah dan Tun Seri Lanang.
- Seorang pencinta ilmu terutamanya bahasa.
- Mempunyai sikap yang terbuka terhadap ilmu-ilmu baharu yang diperkenalkan oleh Inggeris.
- Contohnya : alat cap-mengecap, kuasa elektrik,ilmu perubatan, ilmu kira-kira.
- Beliau mempunyai pendapat tentang kepentingan penyusunan semula nahu bahasa Melayu.
- Abdullah bersetuju dan mendesak supaya ibu bapa anak-anak orang Melayu pada zaman itu menghantar anak-anak mereka belajar bahasa Melayu. Pada zaman itu, adat orang Melayu ialah menghantar anak-anak mereka mengaji Al-Quran sehingga khatam. Sebaliknya, pelajaran bahasa Melayu mereka abaikan, kerana dianggap “tidak penting” dalam konsep kehidupan mereka, yang memisahkan kehidupan dunia dari akhirat.
FALSAFAH
ABDULLAH MUNSYI
“ Jikalau sekiranya ada umur-umur
seribu tahun sekalipun, maka janganlah
engkau takut membelanjakan dia
sebab menunutut ilmu, itu kerana dapat tiada segala hamba
Allah dalam duniaini semuanya mengkehendaki kebesaran, ilmu itulah tangganya.”
Sumber :
RAJA ALI HAJI PENGARANG THUFAT AL-NAFIS
RAJA ALI HAJI (THUFAT AL-NAFIS)
BIOGRAFI
- Nama penuh : Raja Ali al-Hajj ibni Raja Ahmad Al-Hajj Ibni Raja Haji Fisabilillah bin Opu Daeng Celak Alias Engku Haji Ali ibni Engku Haji Ahmad Riau.
- Tahun dilahirkan : 1809 M
- Tahun meninggal dunia : 1870 M
- Tempat asal : Pusat Kesultanan Riau –Lingga di Pulau Penyengat (kini termasuk dalam Wilayah Kepulauan Riau, Indonesia).
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
- Raja Ali Haji dibesarkan dalam keluarga yang memiliki latar belakang pendidikan keagamaan dan keilmuan yang kuat.
- Sejak kecil ayahnya telah mendidik beliau untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama dengan baik.
- Pernah menuntut ilmu sehingga ke Mesir dan Mekah.
KERJAYA
v Pernah menjawat berbagai-bagai jawatan
penting dalam kerajaan Riau-Johor.
v Menjadi guru agama yang mengajar tatabahasa, fiqah
dan tasawuf.
v Mengajar bahasa Arab.
SUMBANGAN
- Raja Ali Haji merupakan seorang penulis yang berbakat pada zamannya.
- Sumbangan beliau meliputi lapangan bahasa, kesusasteraan, sejarah dan agama.
- Banyak bahan penulisan beliau telah menjadi bahan kajian para sarjana
HASIL KARYA
Bidang bahasa : Bustanul – Katibin (1850 M)
Kitab Pengetahuan Bahasa (1858 M)
1865
Bidang sastera: Gurindam Dua Belas (1846 M)
Syair
Siti Sianah
Syair
Abdul Muluk
Syair
Taman Permata
Bidang Sejarah:
Kitab Salasilah Melayu dan Bugis (1860 M)
Tuhfat al-Nafis (1865 M)
Undang-undang: Thamarat al-Muhamed
Mukaddimah
Fi Intizam al-Wazir al-Malik (1857)
Subscribe to:
Posts (Atom)